Seperti yang dilaporkan di Sinar Harian 05-02-2009. We have a dialogue with residents of Taman Tun Sardon (in the State Seat of Seri Delima). Joining me are Rayer, Councillor Tan Hun Wooi, Harvindar Singh and Zulkifli Mohd Noor, District Officer, MPPP, JPS, Perumahan and Penghulu. I was told that this is the biggest delegation from the authority since the inceptioon of Taman Tun Sardon.
Dua ADUN bergabung selesaikan masalah
BUKIT GELUGOR - Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Pinang bergabung untuk menyelesaikan masalah penduduk.
Mereka ialah ADUN Air Itam, Wong Hon Wai dan ADUN Sri Delima, RSN Rayer.
Tindakan penggabungan itu diambil berikutan laporan Sinar Harian dan sebuah rancangan 360 di stesen televisyen TV3 mengenai masalah perumahan dihadapi penduduk Fasa 3 Taman Tun Sardon (TTS), Pulau Pinang.
Taman itu mendapat perhatian media setelah penduduk mengadu pelbagai masalah dihadapi mereka.
Antaranya, pembiakan nyamuk Aedes, semak, maksiat, sampah dan tempat letak kereta.
Penduduk sudah menyatakan aduan kepada pihak perumahan dan pihak bertanggungjawab.
Namun, hampir 15 tahun tiada sebarang tindakan diambil untuk mengatasinya.
Ia menyebabkan penduduk marah dan melaporkan kepada media.
Hon Wai yang juga Exco Perumahan Pulau Pinang mengambil inisiatif bersama Rayers mengadakan sesi dialog bersama penduduk TTS.
Hasilnya membawa kepada pelbagai cadangan dan penyelesaian terbaru.
Rayers berkata, dalam masa terdekat pihaknya akan memasang lampu di belakang blok C, fasa 3.
Malah beliau sendiri akan menggunakan peruntukan peribadi jika bahagian perumahan tidak mempunyai peruntukan itu.
"Gejala maksiat harus diselesaikan segera bagi mengelakkan sebarang masalah.
“Bimbang juga jika esok atau lusa mungkin ada pihak membuang bayi. Kami mahu elakkan perkara ini,” katanya.
Hon Wai berkata, pemantauan berterusan akan dilakukan pihaknya untuk menyelesaikan masalah itu.
Malah, beliau sendiri prihatin permasalahan TTS walaupun kawasan itu bukan bawah pemerhatiannya.
“Saya akan melihat masalah fasa 3 mengenai pembelian dengan bank. Berikutan pihak fasa 3 adalah jual beli dan bukan sewa beli.
“Seharusnya mereka berhak mendapat pembiayaan pemulihan sewajarnya,” katanya.
Pengerusi Penduduk Fasa 3, Anuar Eusoff berkata, dia gembira kerana pihak bertanggungjawab turun padang dan mendengar masalah penduduk.
Tindakan mereka juga dapat meredakan kemarahan penduduk kerana tiada sebarang perubahan dilakukan.
“Kami berharap Februari ini masalah akan diselesaikan secara berperingkat.
“Mungkin semua tidak dapat diselesaikan dalam masa singkat tetapi kami ia dapat dilakukan," katanya.